Perutusan Y.B Menteri

Change Font Size:

dpl

Sebagai Menteri yang bertanggungjawab dalam urusan integriti, tadbir urus dan hak asasi manusia di Malaysia serta bertanggungjawab ke atas Bahagian Integriti dan Tadbir Urus, Jabatan Perdana Menteri  (BITU, JPM), saya yakin dengan kesungguhan usaha Kerajaan untuk meningkatkan integriti dan tadbir urus baik dalam negara. Usaha ini perlulah disambut baik dan disokong oleh jentera Kerajaan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat bersesuaian dengan matlamat Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Dengan adanya laman web BITU, JPM ini, adalah diharapkan ianya dapat membantu capaian maklumat orang ramai mengenai tanggungjawab dan fungsi BITU, JPM.

Selamat melayari laman web ini dan Salam Mesra.

Sekian terima kasih.

YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 

SENARAI AGENSI DI BAWAH YB SENATOR DATUK PAUL LOW SENG KUAN

  1. Bahagian Integriti dan Tadbir Urus (BITU)
  2. Institut Integriti Malaysia (Integriti)
  3. Biro Pengaduan Awam (BPA)
  4. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
  5. Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM)
  6. Jabatan Audit Negara (JAN)
  7. Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan Malaysia (SIAP)